Tuesday, March 6, 2012

Kernel Aprikot Penawar Kanser


KERNEL APRIKOT, VITAMIN B17 DAN KANSER
Kernel aprikot termasuk dalam kumpulan kekacang dan bijirin. Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan zat yang terdapat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutamanya aprikot organik.
Dalam biji apricot ini terkandungnya Amygdalin, yang juga dikenali sebagai Laetrileatau Nitrilosides. Nama ringkasnya adalah vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, dan hasilnya dapat membebaskan daripada serangan penyakit kanser ini yang merupakan pembunuh secara senyap.
Sebenarnya, terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk melawan kanser. Salah satunya ialah dengan membina sistem imun yang sangat kuat dan dapat melindungi anda daripada kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplemen yang mengandungi antioksida yang dapat melawan karsinogen dalam badan. Walau bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik iaitu secara langsung menyerang sel kanser.
Seperti sedia maklum, badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Akan tetapi, pada saat kita berada dalam keadaan tertekan atau tubuh badan kita berada dalam kondisi yang sangat lemah dan terdedah pula kepada persekitaran karsinogen, sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.
BAHAGIAN TERPENTING DALAM TINDAKBALAS KIMIA
Amygdalin daripada biji aprikot akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Apabila Amygdalin ini bertemu dengan enzim beta-glucosidase, Amygdalin akan dipecahkan kepada 2 molekul glukosa, 1 molekul benzaldehyde dan 1 molekul hidrogen sianida. Di dalam badan, sel-sel kanser mengandungi enzim beta-glucosidase ini. Hanya dengan adanya enzim tersebut, barulah tindak balas tersebut berlaku. Sebab itulah, Amygdalin tidak memberi apa-apa kesan kepada sel-sel badan yang normal. Amygdalin hanya bertindak balas pada sel-sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat mahupun buasir.
Pada tahun 1977, dipercayai bahawa hidogen sianida yang terhasil daripada tindak balas tersebut yang memusnahkan sel-sel kanser. Tetapi beberapa tahun selepas itu, melalui kajian, saintis mendapati bahawa, hidrogen sianida yang terhasil sangatlah sedikit dan cepat pula ditukarkan kepada thiocyanate. Maka sewajarnya ia tidak mampu mempengaruhi sel-sel kanser. Sebaliknya, yang menjadi pemusnah kepada sel-sel kanser daripada tindak balas di atas adalah benzaldehyde!
AMYGDALIN DAN RADIKAL SIANIDA
Kajian tentang Amygdalin yang pertama telah dikeluarkan dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalamAmygdalin terdapat satu unsur kimia yang dinamakan radikal sianida (berbeza daripada hidrogen sianida). Ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.
Pekara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia di dalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut natrium klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya iaitu klorin. Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit.
Pekara yang sama juga berlaku dalam aprikot, makan jangan berlebihan dan ikut peraturan yang telah diberikan. Bagaimanapun, Amygdalin adalah kurang toksik berbanding garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.
Amygdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi di dalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada vitamin B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan, maka kanser mudah menyerang. Selain daripada kernel aprikot, vitamin B17 juga boleh didapati pada badam pahit (Amygdalin mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17), biji buah epal, biji buah anggur, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
APA KATA PAKAR PERUBATAN?
Menurut Dr. Philip E . Binzel, seorang doktor pakar kanser  dari Ohio, USA, vitamin B17 bahan daripada alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser.
Dr. Micheal Tait, pakar dari Gold Coast, Australia pula mengatakan bahawa kanser adalah penyakit metabolik dan mendakwa terdapatnya bukti kukuh berkaitan pengurangan pengambilan vitamin B17 daripada makanan harian dan kanser.
Dr. Dean Burk, yang merupakan pakar kanser dari Jerman, telah mengkaji secara terperinci. Katanya, “Di bawah mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser, kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali.”
Dr. Kanematsu Suguira, penyelidik kanser terkenal di dunia pula mengesahkan bahawa vitamin B17 adalah ejen anti barah paling berkesan yang pernah diujinya.
Dr. Ernest Kreb Jr, pakar biokimia, juga merupakan manusia yang membawa kepada penemuan vitamin B15 dan B17 mengesahkan B17 adalah harapan utama dan terakhir di dalam terapi kanser.
Dr. Ernesto Contreras, dari Oasis of Hope Hospital mendakwa bahawa beliau telah berjaya merawat lebih daripada 100 000 orang pesakit kanser menggunakan vitamin B17.
Manakala, Dr. Hans Nieper, pakar kanser dari Jerman Barat menyetujui pandangan pakar-pakar lain. Katanya, “Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar, saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik dalam mengawal kanser mahupun mencegahnya. Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

No comments:

Post a Comment